Klik pada banner untuk maklumat lanjut !

( Baru! ) Program Cuti Sekolah MAC 2011

Maklumat lanjut di Blog Kem Cuti Sekolah @ Rapid Excel Consultancy

Jan
12

Program Terbuka Sepanjang 2011

Posted by Dyna Ahmad ADD COMMENTS

Selamat Tahun Baru Hijrah & Masihi kami ucapkan kepada semua pengunjung Blog Kem Cuti Sekolah @ Rapid Excel Consultancy. Kami mendoakan tahun ini aan membawa 1001 kejayaan yang cemerlang dalam hidup anda semua. Moga tahun ini, akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang telah berlalu.

Untuk memudahkan perancangan tahunan bagi aktiviti anak-anak anda, berikut kami senaraikan program-program serta kem kami yang bakal berlangsung sepanjang tahun 2011

Cuti Sekolah Mac 2011

12 & 13 Mac 2011 : Skor ‘Straight’ A! (Study Skill)

Cuti Sekolah Mei / Jun 2011

28 & 29 Mei 2011 : Syoknya Studi (Study Skill)

04 -07 Jun 2011 : Kem Rasulullah Idolaku

Bulan Ramadhan

06 Ogos 2011 : Syoknya Ramadhan  Edisi Alor Setar

07 Ogos 2011 : Syoknya Ramadhan Edisi Perlis

13 Ogos 2011 : Syoknya Ramadhan Edisi Sungai Petani

14 Ogos 2011 : Syoknya Ramadhan Edisi Bandar Baru Perda

20 Ogos 2011 : Syoknya Ramadhan Edisi Kulim

21 Ogos 2011 : Syoknya Ramadhan Edisi Georgetown

27 Ogos 2011 :  Syoknya Ramadhan Edisi Jitra

Cuti Sekolah Disember

26 – 29 November 2011 : Kem Rasulullah Idolaku

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke masa melalui blog ini. Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang program dan kem kami sila hubungi pejabat urusan Rapid Excel Consultancy di talian

04-731 0852

04-732 0852

atau email : admin@rexcel.com.my

Jan
12

Kem Rasulullah Idolaku Edisi 2010

Posted by Dyna Ahmad ADD COMMENTS

Alhamdulillah…dengan kekuatan, semangat dan ilham yang Allah kurniakan, Kem Rasulullah Idolaku berjalan dalam suasana penuh mawaddah dan rahmah. Sukar digambarkan kejayaan kem ini kali ini. Bukan tujuan kami mendabik dada. Tetapi kami sendiri merasai hadirnya rahmat Allah dalam program kali ini.

Program ini telah disertai oleh 50 orang peserta. Peserta sekolah menengah yang kami sebut sebagai ‘Khalifah Muda’ dan peserta sekolah rendah yang kami sebut sebagai ‘Khalifah Kecil’. Memang agak sukar menyatukan dua kelompok ini dalam satu program, apatah lagi selama 4 hari 3 malam khasnya bagi memastikan kedua-duanya mendapat pengisian yang dirancang serta outcome yang diharapkan. Berbeza dalam program ini. Khalifah-Khalifah Muda amat bertanggungjawab terhadap adik-adik mereka, Khalifah-Khalifah Kecil – walau senakal mana pun Khalifah Kecil tu! Kami mencuba sedaya-upaya untuk memahamkan mereka bahawa menyayangi kanak-kanak itu adalah suatu Sunnah. Bahkan, ada Khalifah Muda yang sanggup mendokong adiknya, Khalifah Kecil yang tertidur dalam dewan kerana keletihan.

Empat hari tiga malam yang dilalui sarat dengan pengkisahan Sirah Nabi dengan pelbagai bentuk penyampaian yang sesuai dengan tahap kefahaman peserta. Rasulullah sebagai hamba, Rasulullah sebagai anak, Rasulullah sebagai sahabat, Rasulullah sebagai pemimpin, Rasulullah Al-Qur’an bergerak, peperangan di zaman Rasulullah dan Ummati, Ummati, Ummati.

Di samping itu, pelbagai sunnah cuba diterapkan. Para peserta dan kru latihan makan secara berjemaah, makanan dihidangkan di dalam dulang. Sebelum solat, empat orang Khalifah Muda yang ditugaskan akan memakaikan wangian kepada semua khalifah yang lain. Para khalifah juga diberi peluang untuk menjadi muazzin setiap kali solat. Setiap hari, para khalifah akan solat Dhuha secara sendiri selain solat sunat nawafil yang lain. Qiyamullail tidak diwajibkan kecuali pagi yang terakhir, tetapi ada khalifah yang turun untuk berqiyamullail walaupun tidak diwajibkan kepada para peserta.

Pada majlis penutup rasmi kem ini, pelbagai anugerah telah disampaikan :

::Khalifah Penyayang (Perempuan) ::

Khalifah Kecil Hanisah

:: Khalifah Penyayang Lelaki ::

Khalifah Muda Haikal Harith

:: Khalifah Muda Terbaik (Lelaki) ::

Khalifah Muda Afifuddin

:: Khalifah Perempuan Terbaik ::

Khalifah Kecil Damia

:: Khalifah Kecil Terbaik ::

Khalifah Kecil Haziq

:: Khalifah Harapan ::

Khalifah Muda Luqman Nulhakim

InsyaALLAH…kita bertemu lagi dalam Kem Rasulullah Idolaku Edisi 2011 nanti !